Selepas penat bertungkus-lumus dalam mengukuhkan karier masing-masing, pasangan pelakon suami isteri, Sazzy Falak dan suaminya, Nash Idrus telah mengambil kesempatan untuk ber’honeymoon’ di Los Angelas.
Mereka telah bertolak ke negara tersebut pada 27 Mei yang lalu dan sehingga kini masih lagi berada di negara itu.
Sazzy sempat berkongsi pengalaman bercutinya kepada peminat-peminatnya dengan memuat naik gambar-gambar gembira mereka di sana melalui ruangan laman sosial Facebooknya dan juga profil Instagramnya.
Sazzy dan Nash turut berkongsi beberapa aktiviti yang mereka lakukan sepanjang berada di sana.
“2nd day in L.A. Exciting start to the trip yesterday with Marjean Holden where she brought us around meeting cool, talented and freakingly artistic ppl.
A couple more meetings today and a bit of shooting with award winning director Michael Worth. Will be learning some fighting choreography from him,” tulis Sazzy di Facebooknya.
0 comments:
Post a Comment