Nioshka Bello (24) dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup minggu lalu di Orlando Florida atas kesalahan membunuh anak beliau 3 tahun yang lalu. Nioshka Bello mencekik anak beliau sehingga mati dengan memggunakan tali baju dalam beliau. Mengikut laporan akhbar.
Nioshka dan anak perempuan beliau Janessa Sandoval (2)tinggal bersama teman lelaki yang juga merupakan bapa tiri Janessa. Apabila mereka dihalau daripada rumah mereka Nioshka cuba menyerahkan Janessa kepada bapa biologikal Janessa kerana beliau kini homeless. Si bapa enggan menjaga Janessa dan Nioshka mengambil jalan nekad membunuh diri. Beliau mencekik Janessa dengan tali bra sebelum beliau sendiri cuba membunuh diri dengan memakan Tylenol serta Benadryl pada dos yang berlebihan. Beliau tidak mati selepas berjaya diselamatkan paramedik.
Ketika di dalam penjara beliau sekali cuba membnunuh diri tetapi gagal. Pihak pembelaan cuba membuktikan Nioshka mempunyai masalah mental kerana pernah beberapa kali cuba membunuh diri sejak berumur 15 tahun. Mahkamah akhirnya membicarakan beliau setelah pihak hospital mengesahkan beliau tidak gila
0 comments:
Post a Comment