Semalam, Jimmy Shanley dan isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimy telah gagal untuk mencapai persetujuan bersama tentang hak penjagaan anak mereka di Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam. Untuk makluman, pasangan suami isteri ini telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang diberi nama Zahra Rania Shanley, 10 bulan.
Menurut Harian Metro, Suhaila telah menawarkan hak penjagaan sama rata iaitu bergilir-gilir setiap minggu. Namun Jimmy tidak bersetuju dan mahukan hak penjagaan terhadap anaknya itu dibahagi sama rata dalam seminggu. . Namun, Nursuhaila tidak bersetuju dengan tawaran itu sebaliknya memberikan tawaran balas pula iaitu Jimmy boleh melawat dan bersama anaknya di rumah Nursuhaila.
Oleh kerana persetujuan gagal dicapai oleh kedua-dua belah pihak, hakim telah menetapkan 28 Ogos ini sebagai tarikh perbicaraan hadanah (hak penjagaan anak) untuk pasangan suami isteri ini. Abang Nara doakan agar mereka berdua dapat mencapai kata sepakat demi kepentingan masa depan anak mereka sendiri.
0 comments:
Post a Comment