Jimmy Shanley Terkejut Isteri Berbohong Buat Kenyataan pernah berjumpa dan berbincang mahu selesai secara baik di luar mahkamah.
Kenyataan yang dibuat isteri Jimmy, Suhaila boleh dibaca di sini; sila klik---> kenyataan Suhaila nak selesai luar mahkamah
PETALING JAYA: Pengacara, Jimmy Shanley Norjahan Salleh amat kecewa dengan isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimy kerana membuat kenyataan tidak benar kononnya mereka telah berjumpa bagi membincangkan isu rumah tangga yang hendak diselesaikan secara baik luar mahkamah.
Jimmy, 32, berkata, kali terakhir dia bertemu dengan isterinya adalah pada 4 Oktober tahun lalu di kediamannya di Putra Heights, Subang Jaya, dekat sini dan tidak lagi bertemu selepas itu.
"Apa yang dinyatakan oleh isteri saya adalah sama sekali tidak benar dan saya amat terkejut dia memberikan komen sedemikian kerana kali terakhir saya jumpa dia pada 4 Oktober tahun lalu.
"Bagaimanapun saya tidak mahu ulas panjang-panjang kerana enggan kisah antara kami lebih bertambah buruk," ujarnya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Khamis.
Jimmy diminta mengulas kenyataan isterinya yang disiarkan mStar Online pada Khamis degan mendakwa mereka telah bertemu secara peribadi untuk berbincang bagi menyelesaikan kes perceraian mereka di luar mahkamah secara baik serta soal penjagaan anak.
0 comments:
Post a Comment