Tahukah anda yang Aidil, suami kepada Rita Rudaini telah muncul di Melodi TV3 2 minggu yang lepas? Di dalam rancangan tersebut, Aidil membuat beberapa kenyataan berkenaan rumah tangganya dengan Rita. Dan semalam, menerusi BiPop, Rita menjawab segala pertuduhan yang telah dilakukan Aidil di dalam Melodi.
Agak panjang SMS yang telah Rita berikan kepada Raja Nurfatimah Mawar, penulis Berita Harian,jom tengok luahan Rita:
Apa guna saya bersuami, jika bil bersalin pun diungkit. Kalau Aidil terpaksa berhutang kad kredit, itu bukan salah saya. Kos bersalin tidak sampai RM10,000 kerana saya bersalin bukannya melalui pembedahan. Itupun Aidil dapat tuntut balik RM5,000 daripada persatuan. Apa yang Aidil nak ungkit sangat? Kalau saya tahu dia jenis berkira, lebih baik saya bayar sendiri.
Dia sebagai suami kena mementingkan keselamatan dan keselesaan anak isteri, bukannya bersikap berkira. Ketika dalam pantang, saya beli ubat guna duit saya sendiri, dia tidak pernah ambil tahu atau menghulur duit.
Sampaikan baju dan keperluan dia dan anak juga saya tanggung. Boleh kira dengan jari jika guna duit dia. Saya tidak kisah soal duit asalkan kami hidup bahagia. Kalau saya mata duitan, takkan saya tahan hidup dengan dia sampai empat tahun. Duit nafkah saya dan anak-anak, kalau saya tidak mintak tiadalah.
Saya bukan jenis minta duit orang. Kadang-kala saya biarkan saja asalkan tidak bergaduh. Saya tidak suka bising-bising, dia hanya tahu pergi main bola, balik rumah, makan dan tidur. Semua urusan anak dan rumah, tanggungjawab dia pun saya kena fikirkan. Nak sewa rumah saya yang cari dan kena keluar dulu duit pendahuluan, saya tidak kisah.
Kalau dia cerita dia tidak mampu, beli kereta mewah dan motosikal berkuasa tinggi dan barang keperluan dia, mampu pula! Tapi nak hulur duit pada anak isteri seolah-olah seperti mahu menjerut leher. Saya selalu pesan dia, dahulukan anak.
Motosikal berkuasa tinggi, rim dan cat kereta tu penting ke? Tapi, semua tu tidak peduli. Dia sanggup keluar berpuluh-puluh ribu untuk keperluannya. Beli motosikal tu boleh pula, tapi soal anak sendiri, zuriat sendiri berkira. Waras ke Aidil ni? Makin lama makin melalut dengan hal yang tidak masuk akal. Kalau anak dengar dan faham, mesti mereka kecil hati.
Tapi berbeza dengan saya. Sejak berkahwin dan mempunyai anak, baju pun saya susah nak beli. Jika saya tidak menyimpan duit untuk anak-anak, saya tak tahulah apa nasib kami. Tanggungjawab saya besar, tapi selalu dia tinggalkan saya dan anak-anak tanpa satu sen. Sampaikan pernah saya SMS dia ketika di lapangan terbang. Dia boleh jawab terlupa! Allahuakbar, macam mana dia boleh lupa ada anak dan isteri?
Kalau dia cakap tidak mampu, beli motosikal berkuasa tinggi mampu pula. Baik duit pendahuluan simpan untuk anak-anak. Saya pernah kata jangan sampai anak-anak makan pasir. Memang saya bekerja dan ada duit sendiri, tapi nampaknya Aidil ambil kesempatan. Saya bercakap untuk masa depan bersama, bila sudah ada anak, jangan terlalu mementingkan diri dan fikir nak bergaya saja. Rim kereta dan tayar motosikal tu bukan boleh makan! Perlu ke beli motosikal jika sudah ada kereta? Kenapa nak tunjuk hebat pada orang?
Saya melakukan pemeriksaan ketika hamil kedua-dua anak pun kadang-kadang saya bayar sendiri. Apa lagi yang tidak kena? Terlalu banyak saya bantu tetapi dia langsung tidak menghargai dan berterima kasih atas tolak ansur yang melampau-lampau dari seorang isteri. Kerana terlalu sayang, saya tidak pernah merungut dan tidak kisah walaupun tanggung diri sendiri.
Dia berkira sangat, tetapi rezeki yang diberi pun sebab anak isteri. Jangan sampai sekelip mata Tuhan tarik balik. Jangan riak! Dia kalau ada duit, hanya fikir nak tukar cat, rim dan cantikkan kereta. Itu semua lagi penting daripada anak-anak! Nasihat saya dia pandang macam sampah. Kita ni ada anak isteri buat cara ada keluarga, jangan nak ikut perangai orang tiada tanggungan. Pakai motosikal berkuasa tinggi pun buat apa kalau tahu tak mampu. Jadi, tak payahlah nak ungkit soal hutang kad kredit bayar bil saya bersalin. Kenapa tidak guna kad kredit bayar beli motosikal?
Walaupun Aidil pernah memberi hadiah gelang emas kepada saya, tapi saya bukan jenis minat barang kemas. Tetapi apabila lari, dia ambil semula gelang emas itu. Saya memang nak tergelak apabila teringatkan tingkah laku Aidil. Terima kasih Aidil kerana terlalu berkira Dia juga ada menyebut pasa saya tabur duit di hadapan rumah, janganlah nak menipu dan memutar beli cerita. Duit itu diberikan pada Rayyan. Dia pun tahu Rayyan suka main duit. Saya membiarkan Rayyan memegang duit kerana tidak mahu dia mengamuk tapi lain pula tuduhan Aidil.
Aidil saya mohon maaf, saya kena bela diri. Saya berkahwin dengan dia bukan kerana duit. Sebab itulah, saya tidak berkira dan boleh tahan hidup dengannya walaupun terpaksa sara diri seperti orang bujang. Saya kecewa sangat apabila pasal anak dan duit dia nak ungkit menungkit. Saya pantang betul kalau mengungkit, berkira dan kedekut.
0 comments:
Post a Comment