21:54 1

Neelofa buat sidang media dan telah lantik peguam untuk buat tuntutan kepada Anzalna



Petang tadi Neelofa telah buat sidang akhbar di One World Hotel untuk memberikan penjelasan dan menuntut dua perkara daripada Anzalna.

3.35PM – Neelofa bergerak masuk ke bilik sidang media bersama dua orang peguam yang di’lantik khas untuk kendalikan isu yang sedang hangat ini.
3.40PM – Peguam Neelofa menjelaskan bahawa notis tuntutan terhadap Anzalna Nasir telah pun di’keluarkan & tindakan selanjutnya bergantung kepada kenyataan seterusnya oleh Anzalna Nasir.
3.41PM – Pihak Neelofa memberikan tempoh tujuh hari untuk Anzalna Nasir menjawab segala tuntutan. Kegagalan untuk memberikan jawapan akan menyebabkan tindakan undang undang.
3.45PM – Neelofa mendakwa yang artikel tulisan Zubir Berita Harian hujung minggu lalu merupakan 100% fitnah dan enggan mengeluarkan sebarang kenyataan sehingga ke hari ini.
3.47PM – Butir tuntutan terhadap Anzalna Nasir akan hanya boleh di’ketahui selepas pelakon itu menjawab dua perkara tersebut yang merupakan lebih kepada tuntutan bukti.
3.49PM – Neelofa menjelaskan yang pihak Seniman boleh campur tangan dalam situasi ini, jika dan hanya jika keadaan berada di’luar kawalan.
3.51PM – Keluarga Neelofa telah membenarkan beliau untuk mengambil tindakan undang undang & dua orang peguam yang di’lantik masing masing adalah Ahmad Hidayat Md Nor & Irwan Mubarak
Sumber: RoTiKaYa

1 comments:

  1. ish2..ganas2...artis dan saman lagi...hmm

    ReplyDelete