Udang karang, ikan kod hitam Alaska dan kaviar Russian Osetra (telur ikan yang dimasinkan dari spesis sturgeon) adalah antara bahan yang digunakan untuk membuat sekeping pizza.
Anda jangan terkejut dengan harga sekeping piza ini. Harganya adalah kira-kira RM1,451.
‘World Records Academy’ telah mengumumkan pizza yang dihasilkan Steveston Pizza Co, sebagai piza termahal di dunia.
Difahamkan hanya sekali sahaja pesanan pizza itu telah ditempah dek kerana harganya yang melampau. Mereka yang ingin menikmati pizza itu pula harus membuat tempahan sehari lebih awal.
“Piza ini khasnya adalah untuk golongan yang bertaraf elit,” kata Nader Hatami, pemilik syarikat berkenaan.
ps: Ikan kod hitam Alaska hanya boleh didapati di perairan Alaska atau Lautan Pasifik dan diakui sebagai ikan yang paling enak oleh ramai chef di dunia.
0 comments:
Post a Comment