Pada bulan ini, Arrora Salwa yang popular dengn lagu "Ahmad'' telah dihujani pelbagai cerita rentetan dari hubungannya dengan penyanyi ala-ala K-pop, Aloi dari MAX 24:7 iaitu tidak jadi bertunang di saat akhir.
Jom baca dari GUA dan MURAI:
klik untuk besarkan gambar |
Laporan GUA:
Sebab Peribadi Punca Arrora Salwa Batal Tunang?
Sebelum ini Arrora telah pun memberikan kenyataan yang dia terpaksa membatalkan pertunangannya dengan bekas anggota kumpulan Max 24:7, Alloi kerana jadual kerja yang terlalu padat. Menurut penyanyi ini, pada 9 Jun (semalam) ini dia harus berada di Sabah kerana ada jemputan nyanyian.
Bagaimanapun, alasan yang diberikan oleh Arrora ini macam tidak logik kerana tidak mungkin dia memilih tarikh pertunangan pada hari yang sama dia perlu membuat persembahan di Sabah.
Bagi mendapatkan penjelasan lanjut , GUA telah menghubungi Arrora dan penyanyi yang popular dengan lagu ‘Ahmad’ ini mengakui pembatalan majlis pertunangannya itu bukanlah semata-mata kerana komitmen kerja. Sebaliknya ia berpunca daripada halangan peribadi yang tidak mampu dijelaskan kepada umum.
Saya pun tidak sangka perkara ini boleh terjadi di saat-saat akhir. Pada mulanya pihak ketiga itu tidak ada halangan. Walaupun alasan yang diberikan tidak masuk akal, tetapi demi menjaga hati semua pihak, saya dan Alloi setuju untuk membatalkan sahaja majlis pertunangan ini. Kalau jodoh kami berpanjangan, kami akan terus melangsungkan perkahwinan,” ujar Arrora berterus-terang.
Penjelasan yang diberikan Arrora ini seolah-olah membayangkan perhubungannya ditentang oleh pihak keluarga teman lelaki. Lebih-lebih lagi baru-baru ini Arrora telah berpindah keluar dari rumah keluarga Alloi dan kini tinggal bersama keluarganya di Johor Bahru. Apakah benar tanggapan ini?
“Macam yang saya katakan tadi, saya tidak mampu untuk menjelaskan semuanya. Terpulang kepada orang untuk buat spekulasi. Saya memang tidak ada kuasa untuk menutup mulut orang. Namun, ingin saya tegaskan hubungan saya dengan Alloi masih seperti biasa. Kami masih saling mencintai walaupun terpaksa duduk berjauhan,” ujar Arrora lagi.
Dalam masa yang sama, penyanyi tinggi lampai ini juga menafikan pembatalan pertunangannya itu hanyalah sekadar gimik untuk mempromosikan single terbarunya, ‘Kau Tak Menarik Lagi’, ciptaan Panji Sakti. Jelas Arrora, dia tidak memerlukan gimik sebegitu untuk meraih perhatian.
Laporan MURAI
Arrora Salwa Kaki Temberang?
Rentetan dari kes penyanyi Arrora Salwa tidak jadi bertunang dengan bekas ahli Max 24:7, Alloi, baru-baru ini, Murai Batu telah menerima kiriman e-mel yang tertera rahsia peribadi penyanyi ini.
Murai Batu mendapat tahu, kiriman itu dilayangkan atas tujuan untuk menyedarkan perangai Arrora yang disifatkan sebagai kaki temberang.
Lebih tepat lagi, ia saling berkait dengan pengakuan Arrora yang sebelum ini menjelaskan cerita dirinya yang tidak jadi bertunang di saat akhir.
Walau apapun, dalam kiriman emel tersebut terkandung luahan rasa seorang wanita yang mendakwa dirinya sebagai adik kandung kepada Alloi.
Menerusi luahan itu, Arrora didakwa sudah melakukan sesuatu perkara yang sangat mengecewakan hati keluarganya.
Malah, Arrora turut dikhabarkan telah menggunakan wang dan kemudahan yang diberikan keluarga Alloi tanpa membalasnya.
Lebih dashyat lagi dalam luahan itu, Arrora disifatkan sebagai seorang yang sudah lupa diri dan berperangai seperti kacang lupakan kulit.
Naik seram juga Murai Batu membaca luahan ini.
Murai Batu rasa ada baiknya anda membaca dan menilai sendiri kenyataan gadis ini.
Adakah luahan ini seakan menjawab segala spekulasi yang mengatakan Arrora kaki penipu dan suka berhutang?
Entahlah, Murai Batu tak berani nak kata apa-apa.
Nampaknya, Arrora perlu memberikan penjelasan.
0 comments:
Post a Comment