09:21 0

Gambar Hantaran Irma Hasmie dan suaminya



Irma Hasmie telah dihadiahkan sebentuk cincin bertatahkan berlian oleh suaminya yang juga seorang usahawan.


Selain sebentuk cincin, pengantin lelaki yang mengenakan busana rekaan Izuan Ismail itu juga turut menyerahkan mas kahwin sebanyak tiga dinar (RM 2,220).


Pasangan ini juga turut berbalas hantaran sebanyak 11 dulang hantaran oleh pihak lelaki dan dibalas 13 dulang hantaran daripada pihak perempuan.


Antara hantaran yang diterima Irma adalah tas tangan berjenama Gucci, kain lepas, kek berbentuk tas tangan perempuan, jam tangan berjenama Tissot, set penjgaan kulit, perfume, buah-buahkan berry, coklat dan wang hantaran berjumlah RM33,333.33.

Manakala hantaran berbalas dari pihak perempuan kepada suaminya pula adalah komputer riba, coklat, jam tangan, manisan dan kurma, kek, dompet, cermin mata hitam, perfume, baju kemeja, Quran, sejadah, sebentuk cincin dan sireh junjung.


Menariknya, set hantaran kedua-dua belah pihak didekorasi oleh De Classaflora yang menggunakan bunga-buangan segar dan harum.


0 comments:

Post a Comment