09:50 0

Mael Lambong kutip 5 juta, Kereta yang digunakan akan dilelong

Filem Mael Lambong yang telah di tayangan hampir 2 minggu telah mengutip rm 5 juta, satu jumlah yang baik berbanding filem yang ditayangkan 2 bulan ini. Kebanyakkan filem gagal mencatatkan keuntungan termasuk filem Hoore-hoore, Gerimis Mengundang, X janda-jandaku Gangster, Jiwa Taiko dan banyak lagi.

----------------------------------------------------------------------------------
---------------------------------------------------------------------------------


Dalam perkembangan yang lain kereta yang digunakan Zizan dalam cerita itu akan dilelong.

jom baca: sumber--- > FB.MAEL.LAMBONG

Latarbelakang:

Kereta Mael Lambong telah digunakan oleh Mael Lambong (Zizan Razak) sepanjang pengambaran di sekitar Kemaman, Rantau Abang, Dungun di Terengganu juga di Kuala Lumpur. Kereta ini digunakan dalam sebahagian besar filem Mael Lambong yang kini mendapat sambutan cukup mengalakkan dari peminat seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei.

Kereta Mael Lambong ini berkemampuan dalam melakukan aksi drift.

Keaslian:

- 100 peratus asli yang digunakan dalam Mael Lambong.
- Mempunyai geran untuk memudahkan sebarang urusan.

Spesifikasi:

- TOYOTA SOARER E MZ II
- 2,491 cc
- Tahun Buatan : 1982
- Bahan Bakar : Petrol

Syarat Bidaan:
- Bidaan bermula pada 3 Julai 2012, jam 1200 tengahari sehingga 3 September 2012, jam 5 petang.
- Harga bidaan bermula RM 5,000. 00 (Lima Ribu Ringgit Malaysia Sahaja)
- Setiap bidaan mesti disertakan dengan tiket panggung Mael Lambong.
- Pemilik kereta ini ditentukan berdasarkan bidaan tertinggi.

Setiap bidaan perlu DIHANTAR melalui POS ke alamat:
Excellent Pictures Sdn Bhd
Suite E-08-01, Blok E,
Plaza Mont Kiara, 2, Jalan Kiara,
50480, Mont Kiara, Kuala Lumpur

Dalam setiap bidaan yang dihantar, MESTI mempunyai:

1. Nama Penuh
2. Salinan Kad Pengenalan
3. Alamat Terkini
4. Tiket Panggung Mael Lambong
5. Harga Bidaan.

Sebarang maklumat dan informasi, hubungi:

Excellent Pictures
03.6201.5971

Twitter: ExcellentPic_My
 
 
----------------------------------------------------------------------------------
---------------------------------------------------------------------------------

0 comments:

Post a Comment