Tuah ayam nampak di kaki, tuah Zarina Anjoulie dilantik jadi duta minyak wangi. Macam pantun dua kerat la pulak.
Rupa-rupanya dalam diam, Zarina dilantik menjadi duta minyak wangi jenama Ched Solid Perfume sejak 2 bulan yang lalu.
Dan Zarina menganggap dirinya popular kerana kalau tak popular takkanlah dilantik menjadi duta sesebuah produk.
Kata Zarina kepada portal Murai:-
” Saya gembira kerana diberi kepercayaan oleh mereka untuk menjadi duta kepada produk ini.
” Saya tidak tahu sebab sebenar mereka memilih saya tetapi setahu saya peranan duta adalah untuk menjalankan sebahagian daripada aktiviti pemasaran serta promosi yang mereka jalankan.
” Jadi, untuk mempengaruhi orang lain atau pelanggan, seseorang duta yang dipilih atau dilantik itu haruslah popular serta diketahui ramai.
” Saya rasa…saya popular. Kalau saya ini tidak popular, tidak mungkin mereka akan pilih saya sebagai duta mereka. “
Betul jugak kata-kata si Zarina nie.
Abang Nara pun rasa Zarina nie sebenarnya agak popular.
Mungkin kepopularitian Zarina tercipta menerusi kontroversi-kontroversi yang melanda dirinya, namun itu tetap serba sedikit membantu menaikkan nama Zarina.
Semoga selepas ini Zarina akan lebih banyak mendapat tawaran sebegini.
(Beautifulnara.com)
0 comments:
Post a Comment