03:16 0

"Isu Rujuk Norman & Abby Tidak Benar" - Memey


Selepas gambar kemesraan Norman Hakim, Abby Abadi dan dirinya tersebar luas di internet, pelakon popular, Memey Suhaiza tampil menegaskan bahawa isu rujuk antara suaminya, Norman Hakim dan Abby Abadi adalah tidak benar sama sekali.

Menurutnya Memey, isu rujuk semula tidak pernah timbul antara Norman dan kak Abby.

"Jika saya dan abang Norman berjumpa kak Abby, kami hanya membincangkan tentang hal anak-anak dan tidak pernah membincangkan isu rujuk yang digembar-gemburkan segelintir pihak sekarang ini,” katanya kepada Sinar Harian Online.

Tambah Memey, dia dan Norman berharap isu ini seperti ini tidak perlu diperbesarkan.

"Saya bersyukur hubungan saya dan kak Abby kembali pulih. Alhamdulillah berkat bulan yang mulia ini kami dapat berkumpul sebagai satu keluarga demi kebaikan anak-anak kami,” katanya yang kini sedang mengandung tiga bulan.

Sebelum ini, Sinar Harian Online turut melaporkan bahawa Abby tidak berhasrat untuk merujuk semula dengan bekas suaminya Norman.

0 comments:

Post a Comment