Seorang remaja lelaki dari Amerika Syarikat telah berjaya mempertahankan gelaran sebagai penaip sms terpantas selama dua tahun berturut-turut.
Pertandingan yang mendapat sambutan yang hebat itu berlangsung di New York Times Square, Amerika Syarikat.
Weirscheke Austin telah membawa pulang wang tunai bernilai US$ 50,000 buat kali yang kedua.
Dia telah menjadi johan dalam kalangan 10 orang pesaing yang menyertai pertandingan itu.
Antara kriteria pertandingan adalah setiap peserta perlu menaip mengikut ciri-ciri yang ditetapkan berdasarkan kelajuan jari, memori serta kelancaran bahasa dalam singkatan teks.
Mata mereka akan ditutup dan perlu menaip frasa popular dalam masa 45 saat.
Frasa tersebut adalah: “Twinkle, twinkle, little star, how I wonder what you are, up above the world so high, like a diamond in the sky.”
Nampak mudah. Apa kata anda cuba menaip sambil menutup mata.
Kemudian semak ejaan anda semula.
Pertandingan yang berlangsung di tengah-tengah kesibukan kota New York itu ditaja oleh LG Electronics.
sumber: www.powerbuzz.org
0 comments:
Post a Comment