KUALA LUMPUR, 16 Sept — Lebih 3,000 orang beratur di Hotel Boulevard The Gardens, Mid Valley, di ibu negara hari ini untuk menyertai program realiti televisyen, Astro Money Drop yang menawarkan wang tunai sebanyak RM 1 juta.
Mereka mula beratur di persekitaran hotel seawal 3 pagi untuk menyertai realiti TV ini.
Menurut Puan Aishah, 37 tahun, beliau mula beratur di sini sejak jam 3 pagi selepas gagal memasuki perkarangan hotel pada hari semalam.
“Ujibakat ini adalah peluang saya dan anak saya untuk menjadi jutawan.
“Oleh itu, saya sanggup menunggu di sini selepas gagal mendapat tempat semalam,” katanya.
Menurut Nasir dari Pendang, Kedah, 46 tahun, dia datang ke Kuala Lumpur hanya untuk menyertai pertandingan ini.
“Ini adalah peluang saya seumur hidup untuk bergelar jutawan.
“Saya tidak kisah beratur panjang, sebab bukan senang untuk menjadi jutawan,” katanya lagi.
Pertandingan realiti televisyen anjuran Astro ini telah diadakan pada musim lalu, dan mendapat sambutan yang hangat.
Formatnya ialah peserta haruslah menjawab lapan soalan untuk memenangi wang tunai berjumlah RM1 juta.
Wang berjumlah RM1 juta itu akan dibahagi mengikut pilihan jawapan dan diberi dan jika bahagian wang tersebut berada di tempat yang salah, wang itu akan “jatuh” dan peserta harus menjawab semua soalan sehingga habis, atau wangnya kesemuanya “jatuh”.
Ujibakat ini diadakan di merata tempat di seluruh negara dengan ujibakat yang terbesar di ibu kota semalam dan hari ini.
-yahoo-
0 comments:
Post a Comment