11:13 0

Adibah Noor Lima Kali Putus Cinta


September 2012, genaplah usia Adibah Noor 42 tahun dan tetap dengan status solo. Menurutnya, keinginan berumah tangga tetap wujud di dalam nalurinya sebagai seorang wanita. Pun begitu, berkahwin tidak diletakkan di tangga teratas dalam senarai keutamaannya.
“Saya menyerahkan soal jodoh kepada Allah kerana Dia yang menentukan segalanya. Alhamdulillah, Allah menganugerahkan saya kemahiran yang boleh jadi punca pendapatan. Saya agak independant dan tidak suka susahkan orang lain.
Segala urusan perniagaan saya lakukan sendiri. Jadi tidaklah sunyi sangat bila ada banyak kerja yang hendak dibuat. Saya juga mempunyai sekumpulan kecil sahabat karib yang telah berjanji untuk hidup bersama apabila tua kelak,” ujar Adibah yang pernah lima kali putus cinta dan menepis tanggapan kononnya selama ini dia gemar menjalinkan hubungan dengan lelaki muda atau ‘anak ikan’.
“Saya selesa dengan kehidupan sekarang. Bohonglah kalau saya katakan hati saya tidak sepi. Media sosial banyak membantu saya berinteraksi dengan insan di luar sana namun saya tidak menaruh sebarang harapan.
Kalau ada, adalah. Kalau tak ada, sekurang-kurangnya saya dapat berjumpa dengan bermacam-macam individu dengan cerita hidup tersendiri,” ujar Adibah yang kagum dengan individu bujang namun sanggup mengambil anak angkat sedangkan hal tersebut menuntut mereka memberikan komitmen yang sungguh mencabar. -- MIDI--

0 comments:

Post a Comment