10:49 0

Balas Dengan Cara Yang Bijak – Wardina


Kemunculan filem berjudul, ‘Innocence of Muslims’ mencetuskan kemarahan seluruh umat Islam yang rata-ratanya tidak setuju dengan jalan cerita dalam filem tersebut.
Dengan jelas pengarah filem itu sengaja mencipta satu alur cerita yang memburukkan agama Islam dan juga Nabi terakhir Allah S.W.T., Nabi Muhammad S.A.W.
Bagi negara-negara Islam lain, rakyatnya jelas mempamerkan rasa marah mereka dengan mengadakan demonstrasi bagi menyekat kejayaan filem itu dikeluarkan.
Hingga kini, pengarah filem itu, Sam Bacile sendiri takut untuk berhadapan dengan orang-orang Islam di seluruh negara akibat dari tindakan dan pemikirannya memburuk-burukkan imej Islam.
Malah, usaha menyekat cerita pendek atau ‘trailer’ filem itu di laman You Tube juga masih lagi tidak menampakkan hasil yang secara menerus.
Bagi artis wanita yang dikenali ramai, Wardina Safiyyah mengajak orang ramai lebih-lebih lagi umat Islam di Malaysia untuk bertindak secara bijak menangani masalah penghinaan terhadap Islam dan Nabi Muhammad S.A.W.
Menerusi laman Twitternya, Wardina sendiri meluahkan rasa tidak berminat untuk menonton filem kontroversi itu.
“As for now, I dont even hve the interest & wouldnt event want to watch that controversiao so called move “Innocence of Muslim”. #buangmasa.
“Tak kan dak demo je? Lets make a better movie Muslims! Let’s write positive intelectual articles, let’s response ‘wisely’,” tulis Wardina.
Malah, kata Wardina, pastinya di negara kita mempunyai bakat yang lebih terserlah untuk membuktikan diri dan peribadi Rasul terakhir Allah S.W.T bukanlah seperti yang digambarkan dalam filem tersebut.
“Im sure we hve many talented Muslims that can counter that silly movei by making a universally positive appealing move abt the Prophet pbuh,” kata Wardina.

0 comments:

Post a Comment