SHAH ALAM – Polis sedang mengesan teman lelaki wanita yang disyaki mencampak bayi perempuannya dari tingkat tiga, Blok 1 Flat Desa Mentari Petaling Jaya dekat sini Ahad lepas, kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, SAC Mohd Adnan Abdullah.
Beliau berkata pihaknya bercadang untuk merakam kenyataan lelaki tersebut bagi membantu siasatan, katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri di sini, Selasa.
“Setakat ini kita sudah memanggil beberapa individu termasuk jiran suspek bagi tujuan rakaman percakapan,” katanya ketika diminta mengulas perkembangan kes seorang pekerja kilang yang didakwa mencampak bayi perempuannya sebaik sahaja anaknya selamat dilahirkan.
Wanita yang belum berkahwin dan berusia 20-an itu dilaporkan melahirkan bayinya secara bersendirian ketika semua anggota keluarganya tiada di rumah.
Dia ditahan reman sehingga 23 September ini dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yangmemperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
0 comments:
Post a Comment