10:22 0

Gambar Separuh Bogel Kate Middleton Tersebar!


Sebuah majalah di Perancis telah menceroboh privasi Di Raja British apabila menyiarkan gambar separuh bogel Kate Middleton ketika bercuti bersama suaminya Putera William.

Putera Wiiliam dan Kate middleton di Malaysia
  1. klik sini --> Imej Bertudung Kate Di Malaysia Imbas Memori Diana
  2. klik sini --> Gambar Putera William Dan Kate Middletone Di Taman KLCC
  3. klik sini --> Dato' Siti Bergambar Dengan Kate -Peminat pula ada yang kutuk

Keadaan di Eropah kecoh dengan berita tersebarnya gambar separuh bogel isteri Putera William ketika pasangan diraja itu bercuti di selatan Perancis awal bulan ini.

Seorang jurufoto majalah Closer di Perancis didakwa telah menceroboh ruang privasi Putera William dan Kate ketika mereka sedang berehat di negara itu.



Menurut jurucakap pegawai Istana St James, mereka sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan terhadap syarikat majalah itu termasuk jurufoto berkenaan.
“Pasangan diraja berkenaan amat sedih dan marah kerana satu penerbitan Perancis dan seorang jurugambar menceroboh privasi mereka secara melampau dan tanpa sebarang justifikasi.
“Insiden itu mengimbau kembali perbuatan melampau media cetak dan jurugambar paparazi semasa Diana masih hidup,” kata jurucakap Istana St James yang dipetik dari laman Gawker.com, semalam.
Menurut laporan TMZ pula, keluarga diraja tersebut termasuk Putera William dan Kate telah bersetuju untuk mengambil tindakan undang-undang dan saman terhadap majalah Closer.
“Tindakan prosiding mahkamah untuk menyaman telah pun dibuat di Perancis hari ini,” kata jurucakap Istana St. James.
Pihak editor majalah Closer mengatakan pendedahan gambar itu hanyalah untuk hiburan semata-mata dan bukan menjatuhkan maruah atau nama Kate.
Sebelum ini, satu lagi kontroversi melibatkan keluarga diraja itu apabila gambar Putera Harry yang sedang berbogel dengan seorang perempuan didedahkan oleh akhbar The Sun di Britain kepada umum.
Putera Harry berbogel dengan seorang wanita semasa mereka berada di dalam sebuah bilik hotel di Las Vegas, Amerika Syarikat. 

0 comments:

Post a Comment