10:10 0

'Saya sayang Johan' - Nabila Huda


Inilah yang dikatakan oleh Nabila: 
"Saya sayang dia!" .
"Ikhlas saya katakan, saya memang sayangkan dia, tetapi kami sekadar kawan baik.
Itulah ayat yang keluar daripada mulut pelakon Nabila Huda, apabila ditanya mengenai hubungannya dengan Johan As'ari 
"Mungkin orang melihat kami seperti pasangan kekasih, namun tidak sampai ke tahap bercinta seperti yang disangka,"Dia tidak kisah berkawan dengan saya walau pun saya seorang yang lasak dan ringkas.
"Itu yang membuatkan kami jadi rapat, apa pun ia bukan jaminan bahawa hubungan kami akan menjadi lebih serius," 

Kata ibu kepada Keisha Laila, 2 tahun setengah ini kepada Sinar.

Tambah pelakon berusia 28 tahun ini, dia selesa bersama Johan memandangkan Johan menerima dia seadanya.
Dalam pada itu, Nabila berkata, dia juga sering memberi nasihat kepada pemuda berusia 26 tahun itu mengenai kerjaya dan imejnya.

"Memang saya banyak membimbing dia jika perkara itu berkaitan dengan karier, lagi pun dia masih muda, perlu memberikan perhatian kepada karier terlebih dahulu.
"Bagi saya, Johan masih belum bersedia melangkah ke gerbang perkahwinan dan saya mahukan lelaki yang matang serta mampu menerima saya dan anak,"

0 comments:

Post a Comment