KUALA LUMPUR: Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi tidak berasa malu untuk mengaku kebangkitan persatuan itu yang membantu hak artis-artis tempatan lebih jelas dilihat sejak dia memegang jawatan sebagai presiden.
Zed atau nama sebenarnya Rozaidi Abdul Jamil, 32, berkata, walaupun ia kedengaran sedikit angkuh, dia tetap berbangga kerana dapat membantu golongan artis yang tidak pernah mendapat pembelaan sebelum ini.
"Sejak saya menerajui Seniman, Alhamdulillah dana yang berjaya dikumpulkan oleh persatuan dengan bantuan sumbangan daripada beberapa pihak tertentu sudah pun mencecah hampir RM1 juta.
"Keadaan ini lebih memudahkan pihak kami melakukan apa-apa saja perkara termasuklah memberikan sumbangan kepada golongan artis yang memerlukan menggunakan dana tersebut.
"Mungkin ada segelintir pihak melihat saya terlampau agresif, tetapi itulah tujuan sebenar persatuan, membantu artis-artis tempatan dalam segala hal yang berkaitan dengan industri," katanya.
mstar
0 comments:
Post a Comment