Dari Facebook, Amanda Fong yang berumur 19 telah menyebarkan kisah malangnya yang dipukul suaminya bernama Calven Chik Foo. Dia dipukul dengan kejam oleh suaminya yang juga telah mencuri hasil kedai beliau Amanda & Co.
Laporan dari MynewsHub
Seorang wanita yang dikenali sebagai Amanda Fong, 19, mengambil keputusan menyiarkan rakaman CCTV yang menunjukkan bagaimana dia cedera setelah dibelasah suaminya di dalam akaun Facebooknya sendiri baru-baru ini.
Laporan dari MynewsHub
Seorang wanita yang dikenali sebagai Amanda Fong, 19, mengambil keputusan menyiarkan rakaman CCTV yang menunjukkan bagaimana dia cedera setelah dibelasah suaminya di dalam akaun Facebooknya sendiri baru-baru ini.
Amanda yang mendakwa mengandung dua bulan itu berkata, dia mengambil pendekatan tersebut demi mempertahankan haknya.
” Saya mahu berkongsi pengalaman dengan anda di luar sana bagaimana suami saya mendera saya dengan begitu teruk sekali.
” Saya sudah letih hendak melalui kehidupan yang teruk sebegini, saya telah dituduh, dimalukan mental dan fizikal.
” Apa reaksi anda sekiranya anda berada di tempat saya dan ianya berlaku kepada ahli keluarga anda sendiri?,” kata Amanda.
Malah dalam akaun FBnya itu, Amanda turut memuat naik foto-foto kecederaan yang dialaminya.
SEMENTARA itu, pihak polis telah pun berhubung dengan keluarga mangsa dan menasihatkan mangsa segera membuat laporan polis.
Memetik laman Facebook PDRM, laporan polis daripada mangsa adalah perlu untuk mendapatkan Interim Protection Order (IPO) bagi melindungi mangsa dan memastikan siasatan dapat dijalankan segera.
” Pihak polis mengucapkan terima kasih di atas kerjasama dan keprihatinan semua ke atas kes ini,” kata laman berkenaan.
kisah dan gambar dari http://www.facebook.com/foxyfong
LAPORAN: http://mynewshub.my
0 comments:
Post a Comment