14:51 0

Yatt anggap semua ini adalah dugaan dari Allah


9 Sept – Pelakon dan pengacara, Yatt atau nama sebenarnya Norhayati Hamzah berkata kini dia mula belajar untuk menjadi seorang yang penyabar, bersikap pemaaf dan tidak ambil hati apabila dikritik.
Menurut laporan daripada akhbar Harian Metro, baru-baru ini telah timbul isu yang mendakwa Yatt mula menunjukkan sikap 'terlebih' alim ketika muncul dalam sebuah program masakan.
Namun, Yatt menafikan dakwaan tersebut dan berkata ia tidak betul kerana dia sendiri tidak pernah muncul dalam mana-mana program masakan.
"Siapalah yang mereka cerita. Sejak berhijrah saya tidak pernah terbabit dalam program masakan jadi bila masanya saya memasak dan memandai-mandai memberi arahan kepada orang lain. Tetapi saya tak marah dan ok saja kerana saya anggap ini semua dugaan daripada Allah terhadap hamba-Nya yang baru berubah macam saya," ujar Yatt.
Tambahnya lagi, sejak dia mula berhijarah hampir lima bulan lalu, Yatt berkata, dia lebih suka menyibukkan diri dengan aktivit-aktiviti keagamaan.
Apabila diminta mengulas tentang kecenderungan sesetengah artis yang berdakwah menggunakan politik sebagai platform, Yatt berkata, itu semua terpulang kepada individu itu sendiri.
"Berdakwah pada jalan Allah banyak cabangnya, tetapi walau apa pun carilah ilmu dulu dengan berguru dengan mereka yang bijak pandai dalam agama sebelum mengeluarkan apa-apa pendapat,"katanya.
-yahoo-

0 comments:

Post a Comment