22:11 0

Dulu RM 15 ribu sekarang RM 3 ribu - Raja Azura

Portal mStar ada melaporkan bahawa pelakon/ pengacara/ deejay Raja Azura kini telah menolak tawaran berlakon kerana bayaran yang tidak setimpal. 

 Jom baca laporan MStar:

Raja Azura
PETALING JAYA: Pelakon dan penyampai radio Sinar FM, Raja Azura memberitahu bayaran yang tidak setimpal telah membuatkan dirinya sudah tawar hati untuk kembali berlakon.
Raja Azura, 40, yang lebih mesra dengan sapaan Kak Engku berkata, keengganan pihak penerbit memberikan bayaran bersesuaian dengan pengalamannya sebagai pelakon membuatkannya lebih selesa untuk bergelar deejay radio.
"Dulu bayaran lakonan untuk saya boleh mencecah lebih RM15,000 untuk sebuah drama tetapi sekarang ini ada yang menawarkan saya tidak sampai RM3,000. Itu pun dibuat selepas mengikut pecahan adegan yang perlu kita lakonkan.
"Bukan saya tidak rindu hendak berlakon tetapi apabila mengenangkan bayaran yang “ciput” berbanding dengan pengalaman, membuatkan saya membatalkan hasrat untuk kembali ke dunia lakonan," ujarnya kepada mStar Online.
Tambah Kak Engku, dia kini lebih selesa dengan kerjayanya kini sebagai penyampai radio namun tidak menafikan perasaan rindu untuk kembali ke set penggambaran.
Dalam pada itu, Kak Engku berkata, batasan masa juga telah menyebabkan dia terpaksa melupakan hasrat untuk berlakon kerana mahu memberi tumpuan kepada tiga anaknya.
Dalam perkembangan lain dia kini sedang berusaha menjaga bentuk badannya untuk kelihatan lebih menarik kerana bakal muncul dengan program bual bicara terbaru berjudulPrimadona terbitan Astro Prima
Ia bakal bersiaran pada setiap Jumaat, pukul 9 malam bermula 2 November depan bersama tiga lagi pengacara iaitu Rozita Che Wan, Erra Fazira dan Ziela Jalil.
Kak Engku berkata, sejak menjadi duta kepada sebuah produk melangsingkan badan sejak enam tahun lalu, dia sentiasa mengikut pelan yang telah diaturkan.

0 comments:

Post a Comment