Guru Tampar Murid 120 kali [video]
Seorang guru tadika di China dikesan melalui kamera litar tertutup (CCTV) sebuah tadika menampar 4 orang muridnya lebih dari 120 kali kerana gagal menjawab soalan menurut satu sumber. Kejadian itu berlaku di Tadika Blue Sky Mengtesuoli di Taiyuan, Utara Wilayah Shanxi.
Menurut Han, bapa seorang pelajar perempuan berumur 5 tahun di tadika terbabit, mendakwa beliau terlihat anaknya pulang ke rumah dengan kesan merah dan lebam pada mukanya. Han seterusnya pergi ke tadika terbabit untuk melihat rakaman di CCTV dan beliau mendapati anaknya telah dipukul sebanyak 43 kali, disepak 2 kali dalam masa setengah jam rakaman. Selain itu, 3 murid lagi turut menjadi mangsa guru kejam tersebut yang didakwa melakukan perbuatan tersebut lebih 100 kali kepada 4 murid tersebut.
0 comments:
Post a Comment