01:38 0

Jihan (Raja Lawak) Betulkan Gigi, Kini Tampil Lebih Cantik



Wajah terbaru Jihan yang kelihatan lebih anggun.
PETALING JAYA: Pelawak Jihan mengakui perkembangan karier lakonan sebagai pelawak sehingga memperoleh pendapatan lumayan membuatkan dia mula peka untuk menjaga kecantikan wajah.
Jihan atau nama sebenarnya Nuur Jihan Musa berkata, keadaan itu memaksanya melakukan langkah awal dengan menjalani rawatan membetulkan susunan giginya.
"Alhamdulillah, kerjaya seni saya berkembang sedikit demi sedikit. Dan saya tahu sebagai seorang yang dikenali, penampilan diri amatlah penting.
"Bermula pada penghujung tahun lalu, tawaran lakonan sudah mula memenuhi jadual kerja dan pendapatan saya juga semakin stabil.
"Sebab itu saya mula membetulkan gigi saya untuk mendapatkan wajah yang lebih kemas dan cantik," katanya.
Jihan pada awal kemunculannya pada tahun 2009.
Tambah naib juara rancangan Raja Lawak musim ketiga pada tahun 2009 itu, walaupun dia mula melaburkan wangnya untuk tujuan kecantikan, namun pelakon itu enggan terlalu berboros.
Malah Jihan juga berharap agar dia tidak melakukan perkara yang lain seperti pembedahan plastik semata-mata ingin kelihatan lebih cantik.
Sementara itu, bekas juruteknik Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) itu juga bersyukur kerana tawaran yang diterima juga disebabkan dia kurang mendapat saingan daripada pelawak wanita lain.
"Bagi pihak produksi, kekurangan pelawak wanita menyukarkan mereka untuk mencari pelakon yang sesuai untuk sesebuah program yang diterbitkan.
"Tetapi daripada sudut saya pula, ia adalah rezeki kerana kehadiran saya tidak ada banyak saingan," ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Jihan bakal muncul menerusi sebuah telefilem Landasan Korban yang akan disiarkan di TV3 bersempena sambutan Hari Raya Aidiladha.
Pelakon ini juga bakal muncul dalam Elak-Elak, sebuah rancangan komedi berkonsepkan keagamaan yang akan disiarkan setiap Khamis bermula 20 Disember depan, pada pukul 10 malam.-mStar-

0 comments:

Post a Comment