SELEPAS bertahun-tahun menjalinkan hubungan cinta, pasangan selebriti Justin Timberlake dan Jessica Biel disahkan menjadi suami isteri pada Jumaat lalu.
Pasangan tersebut dikahwinkan dengan disaksikan oleh keluarga dan kenalan rapat di Borgo Egnazia, Puglia, Italia Selatan.
"Perkahwinan ini sangat menakjubkan. Upacaranya terlalu begitu indah dan istimewa, tambah pula dengan kehadiran keluarga dan teman-teman yang disayangi," kata pasangan pengantin baru itu kepada majalah People.
Sebelum menjelangnya hari perkahwinan Justin dan Jessica, pasangan itu telah membuat beberapa majlis kasual sebagai tanda menyambut pengakhiran zaman solo masing-masing.
Difahamkan antara tetamu undangan yang hadir ialah Andy Samberg, Timbaland, Chris Kirkpatrick, Beverley Mitchell dan pengarah muzik Johnny Wright bersama isterinya, Erika.
Dalam pada itu, majlis tu turut dikawal ketat di mana setiap tetamu wajib menandatangani perjanjian untuk tidak membocorkan hal-hal berkaitan perkahwinan Justin dan Jessica. -mStar-
0 comments:
Post a Comment