19:20 0

Nora Dituduh Perosak Rumah Tangga Betul Ke?


Oleh kerana status dirinya adalah seorang janda, pelakon kecil molek, Nora Danish sering dilabel dengan pelbagai gelaran.
Entah mana silapnya, ada saja cerita buruk tentang pelakon ini timbul di dalam media cetak mahupun elektronik.
Nora pernah dikaitakan dengan Adi Putra semasa dia digandingkan di dalam drama Tentang Dhia dan kebetulan semasa itu Adi sedang mengalami pergolakkan rumah tangga.
Lantas, Nora menerima gelaran sebagai perosak rumah tangga orang!
Mungkin atas percaturan itu, Nora kini sedang berkira-kira untuk menamatkan zaman bujangnya.
Iyalah bagus juga, dapat tutup mulut orang yang suka sangat menabur fitnah ni.
Dia kini sedang berkawan rapat dengan seorang ahli perniagaan.
Doa saja semoga hubungan Nora bersama ahli perniagaan itu ke jinjang pelamin.
Bekas suaminya dulu pun sedang menanti hari untuk menimang cahaya mata dengan isteri baru.
Moga-moga Nora mengikut jejak langkah sama.- MyNewshub-

0 comments:

Post a Comment