10:13 0

Norish Karman Terlantar Di Hospital, Koyak ‘Spine Disc’


Pagi tadi, pihak OHBULAN! telah melaporkan berita mengenai Norish Karman yang sedang menerima rawatan ‘L5 S1 Caudal Epidural Injection’ kerana mengalami derita kekoyakan di bahagian ‘spine disc’ dan tisu.
Berhubung laporan tersebut, pihak OHBULAN! telah menghubungi Norish Karman sendiri bagi mendapatkan kesahihan berita tersebut.
Menurut Norish Karman atau lebih mesra dipanggil NK, berita tersebut adalah benar dan dia telah selamat menjalani pembedahan kecil pada Selasa lalu di salah sebuah hospital swasta.
“Sekarang ni NK dalam pemulihan dan buat masa sekarang masih lagi duduk atas kerusi roda supaya tak bagi tekanan pada tulang belakang. NK pun sedang jalani terapi selama 4 kali seminggu dalam 4 minggu ni.”
“Insyallah lepas ini takkan lumpuh dan akan boleh berlari. Cuma selama 6 minggu ni kena berhati-hati dan rajin pergi terapi. NK pun tak boleh langsung angkat barang berat. Tapi masalahnya, anak-anak sangat rapat dengan NK. Sampaikan setiap hari nak kena angkat mereka semua dari baby Haq sampai la anak yang sulung, Armany, 13 tahun” ujar NK sewaktu dihubungi menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) sebentar tadi.
Setelah menjalani pembedahan tersebut, NK akui dirinya masih lagi tidak sempat berehat. Selama lima hari berada di hospital, NK dikatakan sudah mula jalani penggambaran drama bersiri ‘Julia’ yang sedang di tayangkan di Slot Akasia TV3.
“Lima hari dekat hospital belum sempat lagi berehat. Komitmen terhadap kerja amat diutamakan. Rezeki dari Allah, semua ini juga Allah yang izinkan. Pasti juga Allah akan beri NK kekuatan untuk hadapi semua ini.”
Apabila diajukan soalan, tidakkah selepas ini NK akan berisiko untuk menghidapi penyakit yang sama? Lantas pelakon ini menjawab, “Apa yang NK lalui boleh berlaku pada sesiapa sahaja. Ini adalah disebabkan tekanan pinggang belakang. Berhati-hati dan terapi sahaja yang bolah mengelakkan diri NK dari tidak terkena penyakit macam ni.”
“Alhamdulillah, NK dah dapat mengandungkan 6 orang anak baru dapat penyakit ini. Kalau tak, mungkin payah untuk laluinya. Allah maha besar,” ujar Norish Karman panjang lebar. – Ohbulan.com

0 comments:

Post a Comment