08:55 0

Rupanya Selebriti Ardell Aryana Sakit Kanser? Ya Tuhan Sedihnya..


Ini kisah yang sedang hangat diperkatakan oleh orang ramai tentang selebriti Ardell Aryana yang didakwa sedang mempunyai penyakit.


Ini semua bermula apabila rakan baiknya yang juga pelakon Nadzmi Adhwa memberitahu bahawa pelakon berkenaan Ardell kini sedang sakit.

Nadzmi tidak memberitahu secara terperinci tentang sakit yang dihidapi oleh Ardell Aryana atau nama sebenarnya Nurul Hidayah Mohd Amin.

Terdahulu, Nadzmi, 26, memuat naik video di Instagram miliknya beserta kapsyen panjang lebar tentang kesihatan Ardell, 28, yang bakal menjalani rawatan terapi.

Namun melalui ruangan komen di IG  Nadzmi, para follower mendedahkan bahawa Ardell kini sedang sakit kanser tahap 3.

Difahamkan netizen mengetahui berita itu ketika Nadzmi membuat Instagram Live (IG LIVE) pada petang tadi.

Usaha Sinar Harian untuk menghubungi Nadzmi selaku teman rapat Ardell bagi mengesahkan tanda tanya sakit yang dialami Ardell menerusi panggilan telefon namun gagal.

Manakala cubaan menerusi WhatsApp turut tiada jawapan.

Ini antara komen Nadzmi di lmana IG miliknya buat Ardell Aryana:

"Weh @ardellaryana aku tak kira macam mana sekalipun kau kena kuat. Aku tahu kau tengah sakit. Lawan sakit tu jangan mengalah. Kau kata nak tengok aku kahwin kan.

"Kau kena kuat teruskan perjuangan. ALLAH menguji seseorang itu kerana ALLAH SWT mempunyai rahsianya tersendiri, sama ada ALLAH hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita.

"Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita, yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera dilautan yang penuh dengan onak duri, ujian juga dapat mematangkan kita.

"Aku sahabat kau kau pun tahu aku akan selalu ada untuk kau. Kau relax je okay. buat je theraphy tu. kau buat je teraphy walaupun aku tahu sakit kau kena buat. kau kan kuat, kasar, gangster so jangan jadi cry baby macam aku okay.

"Jangan takut pasal theraphy tu badan kau lagi kuat dari besi . kau boleh punya aku nak kau happy balik macam dalam video ni okay. Korang tolong doakan kesihatan @ardellaryana ya ❤️ #MakCikBawang,"

Hubungan antara Nadzmi dan Ardell mula rapat semenjak mereka bergandingan menerusi sebuah drama pada tahun 2015.

Sehingga kini kedua dua pihak masih belum membuat kenyataan rasmi tentang isu ini.

Kita nantikan nanti.

PROMO PERFUME CHE TA



0 comments:

Post a Comment