13:59 0

Johan Raja Lawak Mula Kuruskan Badan


Selepas Johan Raja Lawak menyedari berat badan kian bertambah, pengacara dan pelawak itu mula mengambil serius tentang penjagaan pemakanannya.
Muhammad Yazid Lim Mohd Aziz (nama sebenar Johan Raja Lawak), 28, berkata, beratnya naik bermula apabila dia sering menemani isterinya, Ozlyn Wati, yang sarat mengandung lapan bulan itu makan malam sehinggakan berat kedua-dua badan pasangan itu bertambah.
Sejak isteri mengandung, dia cukup suka memasak dan sayalah yang akan makan kebanyakan daripada masakannya, dia pun kuat makan.
“Jadi, apabila kandungan turut terjejas dengan penambahan berat badan isteri, kami membuat keputusan untuk saling menjaga pemakanan antara satu sama lain.
“Dan sejak mula kawal pemakanan lapan bulan lalu, saya berjaya mengurangkan berat badan sebanyak tujuh kilogram (kg) daripada berat asal iaitu 85 kg,” katanya.

0 comments:

Post a Comment