Searching...
12:15 0

Perkembangan Terkini Serangan Tentera Di Kampung Tanduo


Pasukan keselamatan melancarkan serangan ofensif ke atas penceroboh kumpulan bersenjata di Kampung Tanduo, Lahad Datu pada 7 pagi ini.

Gerakan ke atas penceroboh dimulakan kira-kira pukul 7 pagi dengan serangan udara.
Pada awalnya kedengaran bunyi jet mengisi ruang udara kampung itu diikutidengan bunyi tiga letupan setengah jam kemudian.

Serangan ofensif udara dilakukan jet pejuang F18 dan Hawk diikuti mortar dangerakan di darat oleh anggota tentera.

Pasukan komando di barisan hadapan yang mengepung kawasan itu dilihat merapati kawasan perkampungan diikuti dengan Pasukan Gerakan Am.

Wartawan Bernama yang berada di Felda 16, kira-kira 20 kilometer dari Kampung Tanduo melaporkan letupan ketiga paling kuat sehingga menggegarkan cermin kafe Residental Felda Sahabat tempat beliau menginap.

Dua helikopter Nuri kelihatan melalui ruang udara kawasan itu.

Penduduk Kampung Labian dan Kampung Batu berhampiran Kampung Tanduo dipindahkan malam tadi dan polis dijadual mengadakan sidang akhbar pada pukul 10 pagi.

0 comments:

Post a Comment