11:55 2

10 sebab berkerja dari rumah lagi seronok.





Bagi orang yang dah biasa makan gaji mungkin malas nak ambil tahu pasal artikel ni betul tak? Bagi yang berkerja sendiri, kerja dari rumah macam aku ni mesti nak juga tahu kenapa kerja dekat rumah lagi seronok dan syok. 




 Ini antara Top 10 sebab kenapa kerja dari rumah lagi seronok dan best.


1. Waktu kerja yang flexible .( Suka hati nak bangun dan mula kan kerja pukul berapa)

2. Tiada bos yang pagi-pagi nak marah-marah tengking ke pasal kerja tak siap lagi.

3. Boleh pakai baju ikut selera sendiri tak payah beruniform, baju kurung ke tudung ke sebab kerja dalam rumah nak berlawa bagi siapa tengok. Kepala pun tak pening nak pikir baju apa nak pakai.

4. Tak payah sibuk nak mandi berlawa-lawa, make up  macam selalu nak pergi kerja. Kalau tak mandi bukan orang tahu! Jimat bil air Hehe..

5. Kalau terlewat bangun pun tak pe sebab tak de 'punch card', boleh terus bangun dan terus bekerja depan komputer.

6. Waktu makan yang sangat flexible, korang punya suka la nak makan pukul berapa dan yang paling syok siap boleh masak makanan sendiri lepas tu boleh sambung balik buat kerja.

7.  Suka hati nak keluar pegi mana jika ada urusan penting, shopping ke, bayar bil, pergi bank dan tak tak payah nak mintak kebenaran dari majikan.

8.  Bagi yang dah bersuami pulak lagi bagus sebab bila suami balik kerja tengok isteri dia sentiasa ada kat rumah. Ada masa untuk melayan suami tak de la risau suami carik lain.

9.   Bagi para isteri yang bekerja di rumah macam aku ni, ada masa boleh kemas rumah dan tak ada alasan rumah bersepah.

10.  Sebab yang paling penting sekali terutamanya bagi kaum wanita yang bekerja dari rumah ni dapat mengelakan diri dari fitnah dan bercampur gaul dengan bukan muhrim. Kan bagus begitu.

P/s : Mesti yang beranggapan orang yang kerja di rumah ini tidak mempunyai taraf pendidikan yang tinggi. Hello !! Aku sendiri bekas graduan jururawat dan pernah bekerja sebagai jururawat tetapi berhenti kerja kerana mengikut suami yang bekerja di negeri lain. Bukan tu saja, aku juga bekas graduan keushawanan dari Tunas Mekar Melaka. Aku enjoy kerja dari rumah. Peace !

2 comments:

  1. saya pun bercita-cita nak jadi Working at Home Mum...
    sudi2 la jenguk blog saya ye..
    peminatvitamin.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. saya pun nak kerja dari rumah gak..tu lah bermulanyer terhasil Kedai ni ==> http://kedai-vitamin-anda.blogspot.com/

    ReplyDelete