18:03 0

Erra tak mahu dedah konfik rumahtangganya.





Sudah agak lama isu dan gosip mengenai hubungan rumahtangga Erra dan suaminya Engku Emran di katakan sudah goyah dan memang sudah hancur bederai namun, Erra menafikan semua itu dan memilih untuk terus berdiam diri daripada berbicara perihal rumahtangganya kepada umum.
 Kata Erra lagi :-

"Sebenarnya saya ada sebab mengapa dari dulu saya terus 'zip' mulut saya daripada bercerita mengenai hal rumahtangga. Lagipun sebagai isteri, agama kita dilarang untuk berkongsi hal rumahtangga kepada orang luar.
"Sebab itu sehingga kini saya masih bertahan daripada terus bercerita walaupun sudah banyak cerita dan gosip dikeluarkan.
"Saya rasa ada benda yang boleh saya kongsikan dan ada yang tidak,"selepas pelancaran Butik Desa Murni Batik Sdn Bhd di Shah Alam, petang semalam.

"Orang yang sentiasa bertanya mengenai rumahtangga saya ini saya rasa mereka hanya nak tahu sahaja dan sengaja nak jadi ' Kak Nam Style'.
" Malah, sejak awal perkahwinan kami pun, cerita-cerita buruk mengenai rumahtangga kami sudah pun timbul. Entah lah, saya pun tak faham.
"Saya hanya minta doakan yang terbaik untuk rumahtangga saya dan insyaAllah jika tiba masa yang sesuai nanti, saya akan menceritakannya," luahnya lagi.




0 comments:

Post a Comment