19:15 0

Kejam! Budak 11 tahun dirogol dan dibunuh.



“Sayu hati saya melihat keadaannya yang terbaring kaku dalam keadaan mata kanan terbuka dan mulut berbuih,” kata R Kalaranjini, 19, saksi yang menemui mayat kanak-kanak berusia 11 tahun di tempat letak kereta di Lorong Batu Nilam 1E, Bukit Tinggi, di sini, malam kelmarin
Mangsa, Nur Amyliana Shuhada Mohd Noor dipercayai mati kurang 24 jam sebelum mayatnya ditemui jam 10.30 malam dan polis percaya kanak-kanak itu menjadi mangsa jenayah seksual berdasarkan kewujudan kesan darah pada kemaluannya.
Kalaranjini berkata, dia lalu di lokasi kejadian untuk ke sebuah restoran bagi membeli nasi lemak dan terkejut sebaik melihat mangsa terbaring di kawasan yang kebiasaannya menjadi tempat parkir bas kilang.

Menurutnya, keadaan kawasan itu yang terletak 200 meter dari rumah mangsa agak terlindung serta gelap kerana tiada lampu jalan.
“Pada mulanya saya menyangka budak itu tidur, tapi mula curiga apabila dia langsung tidak memberi maklum balas apabila saya memanggilnya. Saya kemudian meminta seorang lelaki yang melalui kawasan itu menghubungi polis,” katanya. Kalaranjini berkata, polis dan ambulans tiba di tempat kejadian tidak lama kemudian dan selepas pemeriksaan, mangsa disahkan sudah meninggal dunia.

0 comments:

Post a Comment