21:10 0

Keputusan PRU 13



PARLIMEN 

BN                  -  133
PR                   -  89
LAIN-LAIN    - 

--------------------------------------


LAPORAN LANGSUNG 

12.48am BN sudah mendapat 112 kerusi Parlimen, sekali gus kembali berkuasa dengan majoriti mudah.

12.45am:
BN telah memperolehi 108 kerusi Parlimen dan memerlukan empat lagi kerusi untuk mendapatkan majoriti mudah.
12.40am: Calon Bebas, Datuk Ibrahim Ali gagal mempertahankan kerusi Parlimen Pasir Mas

Di KELANTAN Pakatan menang 10 kerusi Parlimen, BN 4. PAS menang 42 kerusi DUN, BN 3.

---------------------------
12.07: 19 kerusi DUN Kedah dipercayai dalam genggaman BN. Pengerusi BN negeri Datuk Ahmad Bashah dijangka akan mengadakan sidang media lewat malam ini.
12.02pm: Naib presiden PAS Salahuddin Ayub tewas di Pulai dengan majoriti 4,000 undi.
---------------------
11.43pm: PAS mengumumkan ketua pemudanya Nasruddin Hassan berjaya menewaskan Datuk Saifuddin Abdullah di kerusi Temerloh.

11.36pm: Timbalan mursyidul am PAS Datuk Haron Din tewas di kerusi Arau. Ia dimenangi bekas menteri besar Datuk Seri Shahidan Kassim.
11.29pm: Pemimpin DAP Charles Santiago berkata Pakatan Rakyat berjaya mengekalkan negeri Selangor dengan pertambahan dua kerusi DUN.

Pakatan menguasai 38 kerusi berbanding 18 di tangan BN.

11.23pm: Perkembangan setakat ini menunjukkan BN semakin menguasai di Kedah melalui 19 kerusi DUN yang. Pakatan setakat ini menguasai 14 kerusi daripada 36 DUN di negeri itu.
-------------------
10.59: PKR mengumumkan penyandang kerusi Bandar Tun Razak Tan Sri Khalid Ibrahim menang. Beliau juga mendahului dalam penjumlahan untuk kerusi DUN Pelabuhan Kelang.

---------------------
10.47: PAS menang di Shah Alam dengan majoriti lebih 10,000.
10.42: PAS mengumumkan parti itu hanya berjaya menguasai 15 daripada 32 kerusi DUN Terengganu. BN menang 17 kerusi.
10.39pm: Laporan Utusan menyebut BN menang di Negeri Sembilan dengan majoriti mudah. 

------------------------
10.35pm: RASMI DAP menang di kerusi Kepong dan Seputeh.
 
10.28pm: PKR mengumumkan calonnya Datuk Seri Chua Jui Meng tewas di Segamat.
Bagaimanapun, calon mereka masih mendahului dalam penjumlahan yang masih berjalan di Tebrau dan Pasir Gudang.
Parti itu juga mengumumkan menang di Lembah Pantai dan juga kerusi Lumut.

10.25pm:
DAP mengumumkan penasihatnya Lim Kit Siang berjaya merampas kerusi Gelang Patah.
Laman Harakahdaily mengungumkan naib presiden parti itu Salahuddin Ayub berjaya merampas kerusi Pulai.
10.21pm: Maklumat tidak rasmi menyebut BN berjaya menguasai 12 kerusi DUN Kedah, berbanding 9 yang dikuasai Pakatan.
Kedah mempunyai 36 kerusi DUN.

-------------------------------
9.56pm: Liew Chin Tong (DAP) berjaya merampas kerusi parlimen Kluang dari MCA berdasarkan 89 peratus undi yang dijumlahkan setakat ini.

DAP - 33,863
BN - 26,499

DAP juga dijangka menang di Kulai. Undi yang diperolehi setakat ini seperti berikut:

DAP - 28,058
BN - 16,192
Bebas - 137

-------------------------------

Penjumlahan terkini menunjukkan Lim Kit Siang masih mendahului Datuk Abdul Ghani Othman (BN) di Gelang Patah.

DAP - 22,312
BN - 15,007

Jumlah pengundi: 106,864

-------------------------------
9.26pm: Setiausaha agung DAP Lim Guan Eng mengumumkan Pakatan berjaya mengekalkan Pulau Pinang dan beliau juga mengekalkan kerusi Air Putih.

-------------------------------
9.19pm: TAK RASMI – BN merampas Kedah dari PAS.

Sementara itu, PKR memenangi kerusi Indera Kayangan di Perlis. Ini merupakan kali pertama kerusi tersebut jatuh ke tangan pembangkang.

Indera Kayangan merupakan salah satu daripada lima kerusi bawah kawasan parlimen Kangar, dengan 47.7% Melayu, 46.8% Cina dan 4.3% India.

------------------------------
9.08am: Keputusan rasmi dari SPR untuk 31 kawasan parlimen di Sarawak:
BN - 16
DAP - 1
-------------------
9.08pm: TIDAK RASMI Nurul Izzah Anwar mengekalkan kerusi parlimen Lembah Pantai dengan majoriti lebih kecil.

-----------------
9pm: Laporan Utusan menyebut, BN kini hanya perlu menang di dua kerusi parlimen untuk memberi kemenangan dengan majoriti mudah 112 daripada 222 kerusi.
Utusan juga melaporkan Kedah jatuh ke tangan BN manakala akhbar Sin Chew Daily menyebut Terengganu kembali ke tangan Pakatan.

------------------
8.55pm: DAP setakat ini berjaya mengekalkan lima kawasan parlimen yang ditandinginya – Kuching di Sarawak dan empat lagi di Kuala Lumpur – Bukit Bintang, Seputeh, Kepong dan Segambut.

Sementara itu, PKR berjaya mengekalkan Bayan Baru di Pulau Pinang.

Umno pula mengekalkan kerusi Putrajaya dan Setiawangsa di Kuala Lumpur. Laporan tidak rasmi menunjukkan parti itu turut merampas Titiwangsa daripada PAS.
------------------------

8.25pm: TAK RASMI Fong Kui Lun (DAP) berjaya mengekalkan kerusi Bukit Bintang. Lebih 90 peratus keluar mengundi di kawasan tersebut hari ini. Beliau menewaskan pencabarnya Frankie Gan Joon Zin (BN).
DAP - 27,096

BN - 9,925
Jumlah pengundi: 55,887

------------------------
8.41pm: Lim Kit Siang (DAP) mengekalkan mendahului Datuk Abdul Ghani Othman (BN) di Gelang Patah, Johor.

DAP - 10,892
BN - 8,549

Jumlah pengundi: 106,864 

-------------------------
8.35pm: TAK RASMI BN Menang lagi 3 kerusi: Mas Gading, Batang Lupar, Limbang.

8.34pm:
Di Kulai, Teo Nie Ching (DAP) mendahului Tay Chin Hein (BN) dan S Kuppayah (Bebas) bagi kerusi parlimen.


DAP: 8,613
BN: 6,292
Bebas: 85

Jumlah pengundi: 84,149
 

0 comments:

Post a Comment