10:57 0

Opss! Lupa nak cakap ' Off Record' - Eina Azman.






Apabila Eina Azman mengeluarkan kenyataan bahawa ibu Afiq Muiz kurang siuman banyak pihak telah memberikan kritikan yang teruk terhadapnya. Mana tak nya wajarkah seorang gadis yang berusia 18 tahun dan masih mentah mengeluarkan kenyataan begitu kepada Berita Harian. 



Namun begitu, jelas Eina dia terlupa untuk memberitahu bahawa kenyataan kurang siuman itu sepatutnya off record. Jelas Eina lagi :-

Apa yang Eina cakap petang tadi sekadar meluahkan…bukan untuk disiarkan. Eina lupa nak cakap ‘off record’

Selepas keluar kenyataan itu, ramai sangat orang kecam Eina…hukum Eina. Jadi, sekarang, Eina nak guna undang-undang, biar undang-undang lah yang menilai, kami ini betul ataupun salah. Keluarga Eina yang nak saman, bukan Eina. Eina dikecam pelbagai pihak kerana hendak menyaman orang tua. Ini bukan soal orang tua ke bukan orang tua, ini melibatkan maruah. Dia tuduh Eina tanpa bukti pun



Bagi pihak kami pulak, tak patut pun Eina cakap macam tu pada ibu Afiq. Bayangkan mak Eina pula di katakan kurang siuman, agak-agak mengamuk tak Eina.

0 comments:

Post a Comment