Tunang Tunggu Penjelasan Dari Shah Jaszle
-KENYATAAN AKHBAR JAIS --> [KLIK SINI]
Tunang kepada pelakon yang ditangkap khalwat Khamis lalu, Redzwani
Puteri mengesahkan bahawa penahanan tunangnya pada pagi Khamis lalu
tiada kena mengena dengan dirinya dan kini menanti penjelasan dari Shah
Jaszle berkaitan isu panas ini.
Masih lagi terkejut, Wani yang ditemubual wartawan Murai memberitahu
tidak sangka akan menerima berita ini kerana pada siang Rabu sebelum
kejadian bapa Shah Jaszle ada menelefon dirinya dan ketika itu dia
berkata Shah ada di rumah.
Menurut Wani lagi, selepas kejadian dia ada menelefon Shah namun
begitu Shah memberitahu perkara tersebut adalah tidak benar sedangkan
sudah ada bukti yang menunjukkan Shah Jaszle memang ditahan khalwat di
Apartment Taman Sri Subang pada jam 3.30 pagi.
Membuat langkah yang bijak setanding dengan statusnya yang bergelar
seorang doktor di Hospital Tengku Ampuan Rahimah,Klang bermula Oktober
lalu Wani ternyata masih sabar dan tidak percaya dengan apa yang
diperkatakan pihak media dan laman sosial yang kini menghentam perbuatan
Shah Jaszle.
“Terus-terang saya katakan bahawa buat masa ini saya masih lagi
bersabar dan menanti dengan penuh tenang penjelasan dari dia. Saya
berikan peluang kepadanya untuk memberikan penjelasan dan selepas itu
barulah saya fikir apa yang harus saya lakukan dengan pertunangan ini,”
ujar Wani.
Buat masa sekarang Wani terpaksa bersabar kerana Shah Jaszle harus
menjalani penggambaran dan selepas itu barulah perkara ini dapat
dibincangkan.
Alahai Shah, lepas Maria Farida, Miera Liyana, takkan kali ini pun
masih buat hal lagi? Kalau iya pun mahu menidakkan perkara tersebut,
macamlah Tunang kamu itu bukan orang berpelajaran. [rotikaya]
-Baca berita Shah Jaszle ditangkap khalwat ,
klik---> [ sini ]
0 comments:
Post a Comment