Wanita Menangis Ali Rustam Kalah
Wanita Menangis Ali Rustam Kalah. Seorang wanita yang terlalu sedih kerana kekalahan Tok Ali telah memuat naik video tentang luahan hatinya.
Tonton video di bawah.
Tok Ali saya!
dia susah dia payah
segala kudrat semuanya dia kerah
demi menyuap kehendak rakyat yang tak sudah-sudah
keluar pagi ... pulang pun pagi semula ke rumah
kesian ... nak jumpa anak bini pun susah
Tok Ali saya!
di saat dihantarkan surat menjemput kemana-mana
tiada balasan ataupun mungkin dia lupa
namun bila sampai masa majlis bermula
dapat panggilan bahawa CM nak tiba!
besar sungguh hati dia sebagai pemimpin yang berjiwa!
sebab itu saya selalu bangga dan menyampaikan pada semua
yang Ketua Menteri saya selalu menjaga anak muda
Tok Ali saya!
walaupun selalu lambat datang kemana majlis rakyatnya
pernah juga terdetik di hati ... "Tidur di rumah ka?"
namun setelah lama kenal dan memahami jadualnya
baru saya tahu siapa dia apa tuntutan kerjanya
dia lambat bukan kerana dia menyempang arahnya
tapi dia lambat kerana berusaha memenuhi jadual sebaiknya
tidak mahu rakyatnya kecewa dengan ketidakhadirannya
namun tidak semua sempurna dan kegagalan itu tetap ada
salam dan maaf tak pernah lupa dikirimkan buat semua
Tok Ali saya!
hari semalam hari kekalahan dia!
namun bukan bererti dia kalah selama-lamanya
di hati rakyat kamu tetap perwira!
teruskan perjalanan rehatkanlah jiwa
semoga Allah membalas kebaikan semua
kalah atau menang belakang cerita
budi dan jasa takkan pernah dilupakan
semoga diberikan nanti istimewa
di dunia mahupun di akhirat sana
semoga dipanjangkan usia dan diberkatiNya!
jumpa lagi di lain masa
kamu tetap Tok Ali kesayangan saya!
YANG BENAR,
..............................
(SAYA INI ANAK MELAKA)
Apsal tak buleh tgk nih . . . adeh!!!!
ReplyDelete