10:27 0

Awi Rafael dan Hanez Suraya Sudah Berpisah

Akhirnya hubungan 2 artis yang sedang meningkat naik iaitu Awi Rafael dan Hanez Suraya sampai ke titik nokhtah juga. Jom dengar apa kata mereka.



KATA HANEZ:

Hanez menerusi Berita Harian Ahad berkata, dia dan penyanyi kelahiran Singapura itu sudah pun berpisah selepas sekian lama bermasalah.

Malah pelbagai usaha telah dilakukan namun hubungan mereka masih gagal diselamatkan.

Pasangan itu menjalinkan hubungan cinta lebih daripada setahun dan menyifatkan kegagalan hubungan itu bermula apabila Awi terlalu mengejar cita-cita untuk mengukuhkan kerjaya nyanyiannya sehinggakan Hanez terpaksa menarik diri daripada perhubungan itu.

KATA AWI:

Penyanyi Awi Rafael mengambil pendirian untuk enggan mengulas panjang berhubung isu putus cinta dengan pelakon Hanez Suraya.

Awi atau nama sebenarnya Muhammad Nabawi Gunawan, 27, menerusi laman Twitter sebaliknya berkata, dia hanya akan bercerita tentang perpisahan itu menerusi lagu-lagu yang bakal diciptanya sahaja.

"Sebagai tanda hormat kepada Hanez, kerana dia adalah wanita, saya tiada komen untuk dikongsikan. Biarlah saya bercerita menerusi lagu-lagu saya," katanya.

"Saya sentiasa doakan untuk Hanez. Semoga bulan Ramadan yang akan datang ini membawa ketenangan dan rahmat pada kamu sekeluarga. Amin dan Goodbye," ujarnya.

"Fokus saya sekarang adalah kepada ibu yang semakin tua dan kembara seni yang masih jauh.
"Doakan Awi InsyaAllah. Terima kasih kerana menyokong," tuturnya.

0 comments:

Post a Comment