Searching...
10:10 0

Dafi AF di tangkap khalwat pula?




Selepas isu khalwat Shahz Jaszle, kali ini giliran Dafi AF pula berhadapan dengan tuduhan khalwat? Macam tidak percaya tetapi Dafi AF mempunyai penjelasan sendiri terhadap insiden di Johor itu.
Utusan Malaysia semalam mendakwa yang Dafi AF yang berada di Batu Pahat, Johor untuk satu penggambaran telah di’tangkap khalwat bersama pembantu peribadinya & mereka tidur dalam satu bilik hotel yang sama.
Masa itu pukul 1 pagi. Saya ada dalam bilik sebelum ada orang ketuk pintu. Bila pintu dibuka, saya terkejut ada empat orang lelaki mengaku anggota pencegah maksiat. Mereka minta izin geledah bilik saya sebab dapat aduan yang saya bersekedudukkan dengan wanita. Perkara itu tak betul.
saya beri mereka masuk sebab saya tak buat salah. Memang agak terkejut sebab saya tak pernah kena benda macam ini. Tapi saya faham mereka jalankan tugas. Lepas dah terbukti memang tak ada perempuan dalam bilik saya, mereka beredar dan minta maaf. Mereka beritahu, ada orang buat aduan. Saya dituduh tidur sebilik dengan pembantu peribadi (PA) saya
Kumpulan empat orang lelaki berkenaan beredar dari bilik hotel Dafi AF selepas mereka tidak memjumpai apa apa bukti yang beliau berkhalwat.
Menyifatkan tuduhan itu sebagai mengarut, bagaimanapun Dafi mengakui yang pembantu peribadinya memang seorang wanita. Tetapi mereka hanya berkongsi tingkat hotel yang sama, bukannya berkongsi bilik.

0 comments:

Post a Comment