10:03 0

Daphne Iking Dimarahi Pengarah Kerana Sharnaaz

Pelakon Daphne Iking akui telah ditegur oleh pengarah filem Sindiket, Bade Hj Azmi kerana tidak dapat memberi ekspresi yang cukup garang dan serius sebagai inspektor polis.

Daphne Iking berkata membawa watak Inspektor Sabrina adalah sukar selain dia sering disakat oleh pelakon Sharnaaz Ahmad yang turut bergandingan dengannya di dalam filem tersebut.


"Cabaran saya untuk membawa watak ini juga adalah kerana Sharnaaz. Dia yang kerap bergandingan dengan saya dalam filem ini sering bergurau dan membuat lawak ketika di luar set. Jadi bila pengarah kata action, saya tidak boleh serius kerana masih terbawa-bawa dengan lawaknya itu," katanya.
 
Meskipun Sharnaaz banyak menggangu konsentrasinya dalam menjayakan filem tersebut, namun Daphne sendiri cukup bangga melihat bakat lakonan aktor tersebut yang begitu profesional sebagai pelakon.

"Bagi saya Sharnaaz memang seorang pelakon yang sangat hebat, bayangkan kami sama-sama sedang ketawa dengan lawak dia tetapi bila sama-sama masuk set dia serta merta boleh ubah watak dia menjadi sangat serius dalam sekelip mata.

"Terus-terang saya amat kagum kerana saya sendiri tidak boleh melakukannnya tetapi dia memang ada kelebihan itu dan saya boleh katakan dia memang seorang pelakon yang profesional," jelasnya lagi.

Filem yang mengishakan mengenai isu Human Trafficking atau Pemerdangan Manusia ini turut bakal menjalani penggambaran di sekitar Pulau Sebatik, Kalimantan Indonesia. Filem terbitan Loyal Studio Sdn Bhd yang menelan belanja RM3 juta ini turut membariskan pelakon hebat lain seperti Liyana Jasmay, Sharifah Amani, Rashidi Ishak, Tony Eusoff dan Soo Wincci. -murai-

0 comments:

Post a Comment