Gurauan berdarah - Pelajar bocor usus kerana penyapu.
Gara-gara gurauan terlampau seorang rakan baikanya,seorang pelajar pengajian agama pondok di Kuala Terengganu, terpaksa memakai beg membuang najis di perutnya buat sementara waktu selepas usus di bahagian duburnya bocor akibat tertusuk batang penyapu yang sudah patah.
Kejadian itu berlaki pada pukul 5.30 petang ketika Mohamad Firdaus Zakaria,14, mangsa di katakan sedang bergayut pada bingkai pintu asrama tanpa menyedari seorang rakan baiknya sedang memegang batang peyapu tersebut dengan cara menegak di bawah tempat mangasa bergayut.
Sejurus mangsa melepaskan tanganya pada bingkai pintu tersebut, dia terjatuh tepat atas batang penyapu yang di pegang oleh kawanyna itu meyebabkan penyapu itu tertusuk ke dalam duburnya.
Dalam keaadaan sakit, mangsa memegang batang penyapu itu dan cuba untuk mengeluarkannya, cubaan mangasa selama lima minit berhasil apabila batang peyapu itu dapat di keluarkan. Sebaik sahaja objek itu di cabut punggung mangsa dikatakan sangat sakit dan pedih sehingga tidak mampu berjalan dan mangsa di hantar ke hospital sultanah Nur Zahirah.
Ibu mangsa, Faridah Ahmad 47, di hubungi berkenaan berita tersebut dan terus bergegas ke hospital dan mendapati banyak cecair keluar dari dubur anaknya dan di beritahu bahawa usus mangsa bocor dan perlu di bedah secepat mungkin.
0 comments:
Post a Comment