Ini adalah berita terkini mengenai hubungan Shahz Jaszle dan juga tunangnya.
Laporan Rotikaya
Mungkin kerana sakit hati & bengang dengan keputusan Redzwani Puteri untuk putuskan pertunangan, Shahz Jaszle telah datang ke sebuah bank di Bangsar mencari pasangan khawalnya, Farah yang menjadi ‘punca’.
Sumber kami yang juga bekerja di bank sama dengan Farah berkata Shahz Jaszle memang benar benar melepaskan amarah beliau petang tadi dan menimbulkan kekecohan sehingga menjadi perhatian ramai.
Kami tidak menerima butir lanjut tentang pertengkaran antara mereka tadi tetapi yang pasti pihak pengurusan bank tersebut telah meminta Farah meletak jawatan dalam masa 24 jam kerana insiden ini.
Shahz Jaszle & Redzwani Puteri gagal kami hubungi untuk dapatkan pengesahan lanjut.
UPDATE-1: Shahz Jaszle khabarnya turut membawa wartawan ke lokasi yang kami sebutkan di’atas untuk bersemuka dengan Farah — menurut sumber di forum Cari
0 comments:
Post a Comment