Searching...
11:09 0

Pelakon Ditangkap Positif Dadah

Oh sedihnya, pelakon yang dulu pernah popular kerana lakonan yang mantap dan berkesan telah ditangkap kerana positif dadah. Walaupun pernah ditangkap sebelum ini, beliau seperti sukar melepaskan giannya itu.


Pelakon Khaeryyl Benjamin Ibrahim, atau Benjy sekali lagi ditahan pada pagi Rabu atas kesalahan menyalahguna dadah dalam satu serbuan di sebuah kondominium di Bukit Antarabangsa di sini.

Utusan Malaysia melaporkan, anak kepada pelakon, Azean Irdawaty itu ditangkap pada kira-kira pukul 11.30 pagi semalam selepas ujian air kencing yang dijalankan mendapati dia positif dadah jenis syabu.

Menurut jurucakap, polis akan memohon perintah reman terhadap pelakon itu hari ini di bawah Seksyen 15(1)(A) Akta Dadah Berbahaya.

"Hasil pemeriksaan polis ke atas pelakon tersebut ketika serbuan bagaimanapun tidak menemui dadah yang dibawa bersamanya," katanya.
-mstar-

0 comments:

Post a Comment