09:54 0

Shahz Jaszle hutang Neelofa RM 5000





Dah macam orang jatuh ditimpa tangga pulak dah gayanya. Tapi apa boleh buat. Penyakit dia cari sendiri. Bukan orang lain yang bagi dia penyakit tu.

Itulah nasib yang menimpa pelakon yang dilaporkan kena tangkap khalwat baru - baru ini oleh pihak berkuasa bersama seorang gadis.

Shahz Jaszle terus-terusan dilanda masalah yang nampak gayanya tiada bertepi. Terbaru beliau telah dituntut oleh seorang rakan artis, Neelofa agar menjelaskan hutangnya yang berjumlah RM5,000 yang dipinjamnya.

Masalah yang dihadapi oleh Shahz bukan hanya dengan seorang perempuan, iaitu tunangnya Redzwani, malah turut berdepan dengan dua lagi perempuan. Rakan khalwatnya dan Neelofa.

Itu setakat hari ini. Silap - silap esok lusa tak tau lagi. Mungkin lagi ramai perempuan yang ada kaitan dengan artis baru ini. 

Begitulah gamaknya perangai sebahagian besar artis - artis baru, namanya naik bukan disebabkan bakat semulajadi tapi kerana skandal murahan yang sengaja dicari.

UPDATE: Neelofa katanya telahpun mengHALALkan hutang Shah Jaszle kerana kesian dengan masalah yang melanda lelaki itu. Fuh, baikhati juga Neelofa nih.

0 comments:

Post a Comment