Penyanyi Datuk Siti Nurhaliza Tarudin bercadang untuk mengambil dua
orang anak angkat dari Palestin dalam usaha meringgankan beban penduduk
negara Islam yang ditindasi tu.
Siti, 34, berkata, pengambilan anak angkat itu adalah dari segi penyaraan kos pembiayaan sara hidup mereka sehingga dewasa.
"Ya... saya telah dimaklumkan proses bagaimana untuk membantu mereka, iaitu salah satunya adalah dengan mengambil anak angkat.
"Namun, kita tidak boleh membawa mereka keluar dari negara tersebut
kecuali membiayai kos sara hidup mereka di sana," katanya ketika ditemui
pada Majlis Jamuan Amal Rebuild Gaza For A Nation, di sini, Sabtu.
Tambah Siti, bagaimanapun perkara tersebut akan dibincangkan secara
mendalam dengan bersama suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa.
0 comments:
Post a Comment