Showing posts with label siti nurhaliza. Show all posts
Showing posts with label siti nurhaliza. Show all posts
10:12 0

Siti Nurhaliza Bakal Dapat Anak

Penyanyi Datuk Siti Nurhaliza Tarudin bercadang untuk mengambil dua orang anak angkat dari Palestin dalam usaha meringgankan beban penduduk negara Islam yang ditindasi tu.

Siti, 34, berkata, pengambilan anak angkat itu adalah dari segi penyaraan kos pembiayaan sara hidup mereka sehingga dewasa.

"Ya... saya telah dimaklumkan proses bagaimana untuk membantu mereka, iaitu salah satunya adalah dengan mengambil anak angkat.

"Namun, kita tidak boleh membawa mereka keluar dari negara tersebut kecuali membiayai kos sara hidup mereka di sana," katanya ketika ditemui pada Majlis Jamuan Amal Rebuild Gaza For A Nation, di sini, Sabtu.

Tambah Siti, bagaimanapun perkara tersebut akan dibincangkan secara mendalam dengan bersama suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa.
18:18 0

Muka Siti kena tepung ketika bersama peminat

Beruntunglah peminat-peminat Siti Nurhaliza yang bernaung di bawah SitiZone. Baru-baru ini mereka dapat meluangkan masa melakukan aktiviti lebih kurang seperti sukaneka bersama penyanyi nombor 1 Malaysia ini.