21:31 0

Siti Nurhaliza Bengang Kena Fitnah Kerana Shila Amzah

Siti Nurhaliza Bengang Kena Fitnah Kerana Shila Amzah


Kerana kes Shila Amzah yang mempunyai pertelingkahan dengan media berbahasa Melayu, Siti Nurhaliza turut terkena tempiasnya.

Ada pihak mengatakan Siti Nurhaliza seperti sering menjaga hati media dan ada memberi hadiah kepada para wakil media dan wartawan.

Kecewa dengan kenyataan dibuat tentang gift itu, Siti Nurhaliza telah membuat kenyataan yang ternyata berang dengan kata-kata itu.

Ini kata Siti Nurhaliza:

“Aik? Saya pun termasuk dalam cerita ini? tetapi tentang gifts (hadiah) itu memang fitnah semata mata. Tak baik buat fitnah. Lagi dahsyat dari membunuh, adik agama apa?“

memang bengang betul Siti Nurhaliza sampai mempersoalkan agama pihak yang membuat kenyataan itu.





0 comments:

Post a Comment