17:11 0

Hubungan Siti Nurhaliza dan Bekas Isteri Datuk K semakin baik


Syukur, hubungan antara penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza dan bekas isteri Datuk K, Datin Tengku Zawiyah kini dikatakan sudah semakin erat.
Siti bertemu Tengku Zawiyah ketika menemani suaminya mengunjungi ibu Tengku Zawiyah pada 1 Syawal lalu. Malah, mereka dikhabarkan sudah lama berbaik cuma perkara ini tidak diketahui umum.
Ia cuma tersebar selepas anak tiri Siti, Asyraf memuatnaik gambar dirinya bersama Datin Zawiyah dan Siti di laman Instagram.
Kata Asyraf kepada wartawan Berita Harian, dia sengaja memuatnaik gambar itu. Ulasnya, ““Saya teruja sebab itu gambar pertama mama dan Mak Iti. Sebenarnya saya sengaja letak gambar itu sebab kadang-kadang saya tengok masih ada lagi orang yang bersangka buruk terhadap hubungan keduanya padahal mereka aman damai saja.”

0 comments:

Post a Comment