09:48 0

Aaron Aziz mengamuk di Instagram

Semalam kecoh apabila pelakon terkenal, Aaron Aziz mengamuk di Instagram kerana tindakan beberapa peminat yang mengkritik cara duduk anak-anaknya. Dia bertindak membuang dan "block" mereka yang telah dianggap keterlaluan dalam memberi pendapat. Mungkin caranya kurang ajar bagi Aaron.


Beberapa pihak menegur cara anaknya duduk dan berposing, walhal anaknya masih masih kecil dan belum baligh. Tapi apa yang menyebabkan Aaron marah mungkin kata-kata pengkiritik yang keterlaluan. Lantas Aaron membalas:


KOMEN AARON:
“Kalau kacau anak harimau pun, ibu harimau tersebut akan mengigit. Nak cakap apa-apa mengenai diri saya boleh, tetapi jangan sentuh mengenai anak-anak saya. Saya pantang jika hal-hal yang melibatkan keluarga dan anak-anak,” katanya.

 Terdapat pihak yang turut mengkritik Aaron kerana bagi mereka komen yang ditulis oleh pelakon tersebut berbaur marah dan kasar. Namun Aaron berpendapat media sosial boleh menjadi medium yang kadang kala di salah interpretasi dengan nada yang berbeza.

“Satu perkara mengenai laman-laman media sosial ini ialah ia boleh menyebabkan orang salah faham sehingga pernah timbul isu cerai melalui laman sosial itu sendiri. Setiap orang mempunyai interpretasi yang berbeza, jadi terpulang kepada orang ramai untuk membuat terjemahan tersendiri,” ujar Aaron.

 Dapat dilihat betapa Aaron merupakan seorang bapa yang penyayang dan begitu sensitif apabila hal anak-anaknya dijadikan isu. Tindakan memadam komen dan membuang mereka yang lancang berkata-kata itu mungkin antara langkah bagi melindungi anak-anaknya.

0 comments:

Post a Comment